/ Izzah Nizam's World

Friday, October 20, 2023

Post-study experience

 Assalamualaikum. Halu gaiss

Hehe lama tak bersua dalam blog ni kan.

Harini aku bangun awal, pastu tak boleh sambung tidur balik. So, aku rasa macam nak menulis harini dan cepat-cepat capai laptop sebelum mood tu hilang. 

    Sekarang dah bulan Oktober, which means dah almost 3 bulan aku habis belajar. Perasaan? Bercampur baur. Seronok, sedih.. Entahlah, seronok mungkin sebab dah tak perlu ulang alik Saujana ke kelas, tak payah bangun awal-awal pagi pergi kelas, tak perlu ikat perut sebab tak cukup duit. Tapi sedih dan terkilan sebab aku cuma dapat rasa benda tu setahun setengah je. Banyak lagi benda kat USM yang aku tak sempat buat dan rasa. Tak sempat nak pusing-pusing Penang dengan kawan-kawan aku. Tak sempat nak kenal dengan lebih ramai orang. Covid-19 era hits us so bad.

    Tapi tulah, benda pun dah lepas. Kita terima ajelah apa yang Allah dah tentukan. Aku bersyukur sebab sepanjang aku belajar, aku dijumpakan dengan orang-orang yang baik, orang-orang yang memberi kebahagiaan untuk aku. Aku dapat kawan-kawan yang satu kepala, yang susah sama-sama dan senang sama-sama. We enjoyed every moment we have sebab kitorang tau, lepas belajar memang payah nak kumpul sama-sama lagi. Bersyukur jugak sebab aku tak kena culture shock kat Penang. Yelah, Penang kot? Ada je orang aku kenal, waktu masuk tutup litup sekali nahhh tudung pun terbang. Yang ayu-ayu malu kecen, sekali duduk Penang, pod bergantung kat leher. Itu bahagian dia la kan. Bahagian aku, Alhamdulillah saya masih boleh control diri. (Shoutout untuk Komuniti Ekonomi Tomyam gang: Biah, Icak, Tyra, Anim, Ain & Intan) Without korang, siapalah saya. 

    Now, selepas 3 bulan kita pisah, masing-masing pun dah buat hal sendiri. Tapi kita tak lupa untuk update masing-masing dalam group. Aku, Anim & Biah dah start kerja. Yang lain masih menganggur dan cari mood hahaha. Eyy tak sabar nak konvo nanti. Nak jumpa balik korang, nak peluk-peluk. 

    Aku dapat kerja as guru sambilan tadika. Kerja biasa je sementara tunggu konvo. InsyaAllah hujung tahun ni, aku nak apply kerja lain pulak. Bukan tak suka kerja sekarang, cuma aku nak cari kerja yang sesuai dengan kelayakan aku dan gaji yang setara. Sis nak kumpul duit kawen uhuk uhuk. Semoga dipermudahkan urusan Izzah dunia akhirat. Aamiinnnn



Thursday, March 16, 2023

One step closer

Bismillahirahmannirahim.

Assalamualaikum.

Yes, tajuk tu bukan click bait hehe. I am finally engaged! 

Alhamdulillah aku dah jumpa kebahagiaan aku, seorang lelaki yang mampu membuka hati untuk menerima cinta dan percaya bahawa lelaki baik itu wujud. Dia bukanlah siapa-siapa, rupa sederhana, tiada harta namun kaya dengan kasih sayang dan baik pekerti. Dia hadir seperti angin, namun tidak aku duga kehadirannya itu memberi impak besar bagiku. 

Perkenalan kami singkat, kurang dari setahun tapi Allah mudahkan segalanya. Semuanya terasa lancar dan mudah. Keluarga kami pun senang dengan pilihan masing-masing. Benarlah kata orang, jika benar seseorang itu jodoh kita, semuanya akan terasa senang. 

12.03.2023. 

Satu tarikh yang menjadi ingatan dalam hidup aku. Hari dimana dia hadir bersama keluarga dengan niat untuk memetik aku sebagai suri hatinya. Dan hari itu adalah antara hari yang paling bahagia buat aku. 


Sebelum bertunang, kami berbincang mana yang terbaik. Aku sudah tentu tidak mahu lama-lama bercinta tanpa ikatan. Memang dari awal perkenalan aku dah tegaskan pada dia, kalau nak berkawan, kena serious. Taknak lama-lama buang masa, buang tenaga. Dia pun faham dan terus jumpa keluarga aku. Abah pun senang dengan dia Alhamdulillah. Bila keluarga dah kenal dan terima, baru kami boleh fikir ke arah seterusnya. 

Dipendekkan cerita, aku pun dah nak habis belajar. InsyaAllah tahun ni juga habis. Jadi eloklah kami bertunang waktu aku cuti semester dan bernikah bila aku dah habis belajar nanti. Jika tiada aral, begitulah perancangannya. 



Asalnya, kami rancang nak bertunang  18/3/2023 tapi 2 minggu sebelum bertunang, keluarganya datang merisik dan berbincang tarikh. Akhirnya tarikh diawalkan ke 12/3 sebab 18hb tu dah dekat sangat dengan puasa. Dari segi persiapan, Alhamdulillah aku guna simpanan aku sendiri waktu kerja part time. Hantaran, pelamin, pakaian, khemah semua memang aku belanja sendiri. Cuma makanan jamuan je mak abah keluar belanja.

Warna hijau mint ni memang dah lama kami pilih untuk bertunang. Warna favourite dia 💚 . Cantik kan? Ramai puji naik seri. Kembang semangkuk makk. Jom kita enjoy gambar!














Majlis hari tu meriah sangat. Ramai sedara-mara dan kawan-kawan aku yang datang. Alhamdulillah cuaca pun elok je cerah. Semuanya dipermudahkan. Terima kasih yang hadir memeriahkan majlis. Kawan aku yang jauh dari Bangi & KL pun datang nak raikan aku. Aku sayang korang sangat-sangat. Semoga persahabatan kita sampai syurga, InsyaAllah. 

Buat tunang saya, terima kasih kerana hadir dan tunaikan janji awak untuk saya. Saya harap Allah jaga hubungan dan hati kita untuk menyokong antara satu sama lain. Saya mahu jadi penyokong setia awak yang menjadi tulang belakang dan penguat semangat awak. Awak tahu, saya tidak mengharapkan kesempurnaan, tapi dengan awak, hidup saya jadi lengkap. Semoga dipermudahkan urusan kita yang seterusnya, InsyaAllah. 

Monday, April 25, 2022

Fitrah

 Benar manusia itu sikapnya sementara,

Hari ini dia baik,

Esok belum tentu.

Mungkin liar memuas rasa. 

Jika hari ini dia lancang,

Esok dia sujud.

Meletak dahi menebus rasa dosa. 

Hati itu Tuhan yang pegang.

Engkau dan aku.

Sama.

Lumrah dan fitrah kita sama.

Jadi apa hebatnya engkau,

Merasa hari esok engkau yang pegang?

Sedangkan hujungnya hanya Tuhan yang tahu. 

Mari ke fitrah, sayang.

Asal kita yang bersih dan putih. 


IN,

25 April 2022


Monday, February 07, 2022

Bintang

 Andai bintang bisa berkata,

Pasti luahnya; 

Aku cantik dan bersinar.

Aku tinggi dan memukau.

Aku gantungan cahaya Tuhan paling indah. 

Tapi sayang,

Aku sudah mati.

Yang kau lihat hanya sisa sumbanganku.

Yang kau puja hanya memori karyaku.

Meski jasadku tiada, 

Namun cahayanya menjadi igauan.


IN,

7Feb2022

12.45am

Saturday, January 29, 2022

Tinta Malam

Sunyi.

Cengkerik bersahutan, bernyanyi memecah malam.
Langit malam ini tiada cahaya.
Bulan dan bintang hilang disorok suasana.
Bau ubat nyamuk terbakar menyengat hidung.
Sesekali rasa pening.

Mata menuju ke langit kelam.
Telinga tersahut serangga malam.
Hidung pula dicengkam bau lingkaran hijau itu.
Entah apa yang patut aku rasa.

Terfikir punya apa aku di dunia.
Apa pula bekalan akhirat.
Sudahlah rasa narsis.
Jauhi pula egois.

Sunyi. Malam ini.
Moga esok ada pelangi.


IN - 29Jan22 - 1.14 a.m.


Tuesday, January 04, 2022

Enam Tiada Lapan

Sesaat itu. 

Kelam dan hitam, tiada rasa.

Rasa masa terhenti tiada detik.

Yang bising terdiam. Yang laju menjadi perlahan.

Sesaat membaca satu baris itu, 

meninggalkan kesan bertahun. 

Enam tahun jaraknya rupanya tiada hasil. 

Hanya aku, masih sendiri. 

Dan engkau menanti isteri. 


Tahniah pujangga malam. 

Yang dulu aku kenang,

Kini semakin hilang. 

Indahnya seri dua merpati itu. 

Dulunya aku kini tinggal sepi. 


Lapan yang kuharap datang,

Kini henti di tahun enam.

Nampaknya benar inilah titiknya,

Tiada lagi tangis dan lagu,

Tiada lagi syair dan puisi. 

Akan ku henti demi jiwa yang tenang.


Iz

4/1/22.   9:32pm 

-kerangka malam usai membaca luahan tahunan MRJ

Thursday, November 25, 2021

My Degree Life - First Semester At Home

 Assalamualaikum.

Hello readers, stalkers, FBI, or whoever you are. Thank you for coming to my web. 

Actually, there's nothing important I want to write about. It just... I missed writing something. (In my blog of course, not my assignments)

My last post is about 6 months ago, and it wayyyy too long since I write anything new. So here I am, talking about my new life as a degree student. 

In case you don't know, I'm majoring in English for Professional in Universiti Sains Malaysia, Penang. Yeah, obviously not my interest to study in English. But I think it's my 'rezeki' and hopefully, there's 'hikmah' behind it. InsyaAllah. 

I am officially a "Uni" student in October 2020. 

There're lots of things in my mind at that time. I'm afraid I can't carry the course, I'm afraid I can't make friends with someone, I'm afraid to face the lectures and many more. 

But Alhamdulillah, I can managed all that. 

I admitted, my first-year study was tough and struggling. With the high Covid-19 cases in that time, we need to postpone our face-to-face classes and do online learning instead. 

For me, the most frustrating is, where I need to find members for our group assignments. Now tell me, how am I supposed to know which one is "useful" when I didn't know them yet. Even their faces I don't know how they looked like. To the short story, my semester 1 is not very lucky. I got free-riders in my group assignments for 2 subjects. Yeah T . W . O . subjects. But let's not talk about that.

In semester 1, I want to change my course so badly. I wanted to take "Sastera Melayu" because you know.. it was my first choice. So I asked my academic advisor at that time, Dr. Shaidatul about this. She advised me to wait until the end of semester 1 and see the test/quiz/assessments results first.  

Surprisingly, I got 3.21. I'm shocked!! 

Honestly, my expectation is below that. I only think I got 2 pointers or something. 

With that result, I asked Dr. Shai again, should I change my courses or not. She asked me to rethink, ask me what I want, what I desire, what makes me happy. 

So with her advice and my family, I chose to stay. I believe I can manage until my last year. And to be short, in my second semester's results, I got 3.47!  0.03 left to get a dean's list. But I'm still grateful for the improvement. For sure, I will try harder next semester to get a dean's list InsyaAllah. 

Now Alhamdulillah, here I am, finished my first year as a degree student. I am now in my second year of study. One year left before I graduated. Please make du'a for me, hoping everything went smooth until I hold the scroll in my hand. Aamiin.

As usual, I will insert photos for memories. 

Our assignment project for subject WUS101 - Entrepreneurship. 
We need to sell something (online selling). So we sell this gift box for RM10 each. The cute thing is, our group name is PEEKABOX, with Pikachu face in our logo. Hahaha.  


A quick selfie before the meeting discussion started. I don't know why my face looked pale and exhausted in this photo. I can't remember actually 😬😬

My notes in semester 1.
Omg, I used to be this rajin in the first semester?????? I wrote my own notes? By hands? 
Where my rajinness has gone? I want you to come back! 


Copyright© All Rights Reserved cikizzahnizzam.blogspot.com